Cinta
itu suci. Namun kita sebagai remaja yang baru setahun jagung terjebak
ke kancah percintaan yang memberi nikmat seketika tetapi ibarat duri
dalam daging yang akhirnya memakan diri sendiri.
Ya,
memang benar cinta itu buta, tetapi hakikatnya kita yang buta dan tuli
mengenal apa itu erti cinta. Natijahnya kini, cinta yang dicanang
sebagai sesuatu yang suci dinodai dengan titik-titk hitam kemungkaran
dan kerendahan maruah segelintir kita yang bersifat bodoh sombong
mendefinisikan cinta sebagai sebuah ikatan yang menghalalkan yang haram.
Siapa yang harus dipersalahkan?
Tepuk dada tanya Iman.
Sudah
terang lagi bersuluh, lebih separuh daripada kita pernah terjerat
dengan kenikmatan cinta itu sendiri. Tidak kiralah yang terpaksa, yang
rela atau suka-suka.
Tanya
diri kita sendiri, adakah kita menghormati cinta suci itu atau perasaan
cinta yang menjalar dalam segenap inci tubuh badan kita ini menjadikan
lesen untuk kita merendahkan maruah kita sebagai umat Islam yang
berpegang kepada agama yang suci.
Remaja
kini sudah tidak segan silu lagi melakukan perkara sumbang di hadapan
khalayak ramai, dipaparkan dan dijadikan sorotan setiap hari.
Ternyata
maruah kita seperti diperkotak-katikkan dengan kerakusan nafsu yang
menjadi tuan dan raja sehingga kita diibaratkan seperti mengikut
kehendak sendiri.
Keghairahan
kita mengejar nikmat cinta sebenarnya menongkah arus tujuan kita diberi
nikmat untuk menjadi dewasa. Matangnya kita bukan bererti kita matang
untuk mengawal nafsu yang semakin beraja memerintah akal fikiran yang
waras.
Buktinya,
ramai antara kita yang semaki terdedah dengan gejala-gejala sosial.
Maruah hilang entah ke mana, malu sudah tidak bertandang, takut
kepada-Nya jauh sekali. Yang perempuan menggoda, yang lelaki tergoda.
Lemah
sungguh kita sebagai manusia yang menjadi ciptaan Allah S.W.T yang
paling mulia. Lebih parah pula apabila lelaki bersikap habis madu sepah
dibuang. Yang perempuan pula bersikap pendek akal dengan cubaan membunuh
diri. Padahal sikap mereka yang sebenarnya yang mendorong mereka
menghancurkan hidup mereka sendiri.
Hakikatnya kini, bercinta itu sudah menjadi satu "trend" dalam kehidupan kita. Kita lebih cenderung mengelaskan mereka yang kononnya yang tidak bercinta atau 'couple' itu
kolot, ketinggalan zaman atau mungkin juga tidak laku. Hal ini
menyebabkan kita berasa malu dan mula ketagih untuk bercinta.
Realitinya, mereka yang berjaya mempertahankan perasaan mereka daripada dinodai 'cinta monyet' merupakan mereka yang teguh pendirian dan berhati mulia kerana tidak bertindak untuk dinodai cinta suci itu.
Apakah kita tidak malu berpeleseran dengan pasangan kita?
Ditayang-tayang, ditunjuk-tunjuk ibarat 'show case' lagaknya.
Kononnya mereka sahaja yang mempunyai pasangan. Padahal, tindakan kita
ini ibarat meletakkan muka dipunggung sendiri. Maruah pula jatuh
tergolek-golek.
Siapa yang suka apabila 24 jam asyik muka kita sahaja yang berkepit seperti suami isteri ke sana ke sini tanpa segan silu?
Hakikatnya,
perasaan malu, mual, menyampah seperti menunjah-nunjah melihat
perlakuan mereka yang sudah dibutakan dan ditulikan oleh nikmat cinta.
Ibu bapa pula seperti sudah tidak mampu melarang keghairahan anak mereka
daripada terus hanyut dalam dunia mereka sendiri.
Yang
peliknya, ibu bapa buat-buat pejam mata sahaja apabila anak-anak mereka
pergi dan balik menaiki satu kenderaan yang sama dengan lelaki-lelaki
yang entah siapa-siapa.
Perbuatan
kita ini bukan sahaja menodai cinta itu sendiri tetapi juga menconteng
arang ke muka kedua-dua ibu bapa kita. Usah mencipta kenikmatan
seketika, kelak bias meruntuhkan maruah sendiri.
Allah S.W.T telah menentukan jodoh kita sejak lahir lagi. Tidak perlulah kita berfikiran kolot dengan mengejar 'cinta monyet' yang
bakal mengundang seribu satu masalah dan kedukaan yang tiada akhirnya.
Tiada manusia yang mati andai cinta itu tidak hadir dalam hati.
Jika
kita memang benar-benar ingin merasai nikmat cinta palsu itu,
letakkanlah nafsu dan Iman kita di atas neraca timbang. Pastinya nafsu
lebih berat daripada Iman kita.
Mahukah
kita menggadaikan maruah kita yang tidak ternilai harganya ini hanya
untuk menikmati perasaan ghairah bercinta yang bertindak hanya seketika?
Yang menanggungnya pastilah perempuan. Seronok dan nikmat sama dirasai, kenapa derita dipikul sendiri?
Lelaki juga harus bertanggungjawab kerana 'bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi'. Sebenarnya dua-dua bersalah, kenapa yang harus menanggung malu perempuan seorang. Jadilah anak jantan sejati 'berani buat, berani tanggung' bukannya
mahu buat selepas itu lari tidak cukup tanah. Buat apa jadi lelaki
kalau hanya sekadar lempar batu sembunyi tangan, lebih baik jadi lelaki
lembut tetapi bertanggungjawab. Ini semua gara-gara cinta.
Cinta
itu menghayalkan. Cinta itu membuat kita alpa tentang segalanya. Lupa
dunia, lupa Akhirat. Begitulah cinta itu. Kadang-kadang cinta itu
sesuatu yang nikmat tetapi awas. Disebabkan cinta, kita sebagai manusia
hilang maruah diri dan pengangan agama entah ke mana. Yang menanggungnya
kita. Bukan oang lain.
Tidak
salah bercinta andai kita mampu mengawal nafsu serakah daripada menjadi
tuan dan juga tidak berkelakuan jelek di hadapan orang ramai. Bagi
mereka yang belum merasa nikmat cinta itu, berbanggalah kerana anda
mempunyai harga diri yang tinggi. Jaga diri jangan terlalu dibuai
perasaan hingga tergadai maruah.
No comments:
Post a Comment