Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi Sesi 2013/2014 - Semakan Online



 Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi Sesi 2013/2014 - Semakan Online

Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi Sesi 2013/2014 | Semakan Keputusan ke program matrikulasi sesi 2013/2014 keluar lima minggu selepas keputusan SPM 2012 diumumkan secara rasmi di laman web kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Semakan Permohonan Boleh dibuat Lima Minggu selepas keputusan SPM dikeluarkan. Semakan kemasukan sesi 2013/2014 ia dikeluarkan pada 25 April 2013 

Tarikh Semakan Keputusan
  • semakan Keputusan pada 25 April 2013
Semakan Secara Online
Semakan Melalui SMS sesi 2013/2014
  • SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
  • Contoh : MOE MAT 951223125431 dan hantar ke 15888
Maklumat Penting

Bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014, calon dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej :
  1. Surat tawaran
  2. Panduan pendaftaran
  3. Dokumen peribadi pelajar
  4. Borang perjanjian pelajar (dua salinan)
Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036/4040/4100/4083  boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja). 

Tarikh Pendaftaran
  1. Kolej Matrikulasi Labuan – 19 Mei 2013
  2. Kolej Matrikulasi Sarawak – 26 Mei 2013
  3. Kolej-kolej matrikulasi seluruh semenanjung - 27 Mei 2013
Rayuan Permohonan

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui internet di laman sesawang http://www.moe.gov.my mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (9 Mei 2013) tidak akan dipertimbangkan.

Semakan Keputusan Rayuan 

Keputusan Rayuan dijadualkan akan keluar pada bulan Jun 2013 ( Berkemungkinan Pada 6 Jun 2013) *Akan Dikemas kini*

No comments:

Post a Comment